Jan
10th

Soyadiy go international?

Files under Uncategorized | 2 Comments

Yup, itulah cadangan yang sedang dilaksanakan . Kali ini saya akan menggunakan teknik jutawan gayapos Jeff Paul untuk ‘memecahkan’ produk tersebut iaitu membuat pengasingan dan menjual dengan harga yang berbeza dan dijual dengan teknik presell iaitu teknik jualan kedua ketiga dan seterusnya.

Idea ini dicetuskan oleh seorang pelanggan kami ; idea supaya dibawa ke pasaran antarabangsa.

Insyaallah soyadiy versi antarabangsa dilancarkan dalam masa 1 bulan lagi.

Beberapa kerja-kerja yang dah memang susah :

  • Menulis salesletter
  • Menterjemah ebuku
  • Menambah dan menaik taraf ebuku
  • Pemasaran dan pengiklanan

Kalau sesiapa yang terbaca post ini dan berminat untuk jv dengan soyadiy (versi antarabangsa) sila komen yer. Nanti kami contact.

Jan
8th

Minggu Kemaskini Data

Files under Ntah | Leave a Comment

Setelah 2 bulan kurang lebih soyadiy.com dilancarkan , maka tibalah masa untuk proses kemaskini data jualan , pelanggan dan pemasaran.

Untuk melakukannya saya memerlukan satu database software seperti Microsoft Access . Beberapa minggu lepas saya cuba gunakan Open Office , nampak menarik dan senang diguna pakai.

Minggu ini juga minggu untuk saya menyiapkan bungkusan khas pelanggan , tetapi masalah alamat rumah pelanggan yang tak siap sepenuhnya menyebabkan proses penghantaran terjejas dan juga kerana ketidak line streamyx selama 6 bulan.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya hari ini secara rasmi ada talian streamyx pakej RM88 sebulan (laju beb) dan oleh itu mudahlah kerja-kerja online saya.

Kepada pembeli diluar sana yang belum memberi alamat rumah mereka sila hantarkan alamat anda melalui email yang telah diberikan .