Mmm, sebenarnya saya tak tau nak mula camna tapi saya tetap mulakan, okey , post kali ini tentang jenis-jenis blog dan boleh dikategorikan satu ulasan blog-blog terpilih dalam kamus Muhammad Muaz hohoho
1. http://www.syia.blogspot.com/
Blog nih jenis blog peribadi atau dalam bahasa yang tepat lagi blog sorang-sorang, kalau korang tengok kat blog , semacam tuan pemiliknya bukanlah post untuk orang tetapi sekadar diari online (cam cakap sorang-sorang tuuu) .
Mengikut firasat patik , tuannya tak cakap banyak , pemalu ( oh! :P) dan yang paling korang suka , still single (hoho
)
2. http://www.mohdsuhaimy.com
Blog nih jenis blog kekayaan dan perkahwinan perniagaan atau dalam bahasa omputeh nyer Success And Wealthy . Ada unsur-unsur sex humor . Lebih kepada mendidik dan berkongsi . Tidak Sesuai untuk semua peringkat umur U (18 tahun keatas sahaja)
Mengikut firasat patik tuannya memang sempoi , dalam blog lain (aper yer?) kat tepon lain . Kat blog kelakar tak habis-habis . kah(x458555) pecah perut patik . Ehem sesuai juga untuk pasangan yang belum berkahwin (oh!
) dan yang tak nikah lagik hehe
3. http://www.irfankhairi.com
Blog nih jenis perniagaan dan lebih kepada tips pendek dan ringkas. Agak serius bila den masuk ke blog nih (tak caya trylah) . Kalau dulu tiap-tiap hari ada post tapi sejak bro irfan masuk tv jadi celebriti terkenal , sekang kureng skit .
Seperti tuannya jugak (ringkas , jalan punyalah cepat :p) blog beliau pun cam tu gak, ringkas dan kemas dan kecil dan comel . erk
4. http://www.sangpelangi.com
Sang jejaka dari Muar nih memang ada bakat dalam penulis cerita jenis rekaan dan khayalan :p , patik suka sebab si sang pena pandai memanipulasi ayat ayat melayu menjadi sedap hingga menjilat jari . Susunan dan posisi perenggan dalam mengulas sesuatu isu memang disenangi hingga patik pun tak tau kenapa orang muda ini amik jurusan maut akademik bukan sastera .
Jika kalau tuan hamba lihat , sang irfan jani (bukan irfan khairi
) memang mempunyai bakat dalam sedalam seluar dalam hamba perigi buta kat kampung tu. Kalau agak-gak korang nak baca rangkap indah sang jejaka ni lawatilah blog beliau . Ehem jejaka kacak ini belum berpunya so rebut sebelum “unavailable” hehehe
5. http://www.mohdfaisal.com/
Anda kenal siapakah gerangan pemilik blog nih? siapa lagi Mohd Faisal atau Fai (nama popular di hollywood) . Memang totally make over (not over faizal tahir :P) . Saya suka dengan semangat beliau yang baru nih , memang pecen hati batu dan keras dan [perkataan anda sendiri] . P.S : jangan kepala batu sudah ler
Blog ini menyentuh tentang seni menulis surat jualan yang membunuh , produk-produk terkini tips dan lebih lagi kepada branding jenama Fai sebenarnya. Tak da lagi usahawan yang sentuh pasal copywriting dan fai make it real . Congrat fai , lawat-lawat lah beliau di blognya . Status : Unavailable
Bersambung pada minggu hadapan di waktu dan hari sama , jumpa lagi.
