Apr
4th

Hosting Paling Teruk Tak Pernah Saya Guna

Files under isu semasa | 5 Comments

Saya tak tau nak bagi tau kat sapa, ari ada bising kat forum pun tak da apa tindakan.

Saya melanggan hosting ********** untuk host 3 site saya.

Masalah berlaku apabila server begitu lembab , nak login cpanel lembab, nak masuk blog lembab, nak masuk admin wordpress pun lebab dan yang paling menyakitkan hati upload ftp paling lembab , dah la kat sini line internet terlalu lembab , pastu reconnet , sebab server terlalu lembab untuk upload file, saya dah guna hosting lain , eternal solutions, netkl, sempoi dan planhoster dan ini lah satu-satunya hosting provider paling lembab di malaysia.

Saya pernah berurusan dengan pihak support tapi malangnya they are not professional umpama mengadu kereta rosak , tetapi mereka akan salahkan jalan yang rosak bukan kereta .

Tah lah sampai bila ********** harus begini….

Saya beri F not A or B .

Saya tahu nanti dia akan response tapi dia tak kan amik tindakan. dan macam biasa dia akan salahkan “jalan kerana kereta rosak” (kereta yang tak boleh works dia salahkan jalan yang berlubang-lubang) .

Kes maintanance pun saya sakit hati jugak , cakap hujung minggu , tapi lepas hujung minggu next day hari isnin saya upload content , hari selasa tengok content hilang ??? kena upload balik . Cakap baik-baik , biar jelas dan terang……

Yer lah xxxxxxx guru, kita newbie angguk jer boleh kannnn, kang lawan , kritik kena kita dapat reputasi buruk yer lah siapa lah kita……………. nak buat cam na dah itu situasinya gurus boleh buat apa sahaja, semuanya betul ………

Sebenarnya ini post yang saya ambil dari post saya di forum ** . kenapa guna forum pastu blog???

Sebab forum umpama satu komuniti yang besar dimana suara lebih didengari di khalayak berbanding buat cara sopan hantar email, hantar surat aduan, contohnya baru2 ini dah hantar surat tak berjawab, demo di halang , nah amik 5 negeri ditawan BA . kenapa?? tu lah lain kali dengar suara rakyat ….. jangan sampai rakyat tunjuk kuasa sebenar…….

Kat forum pun cam tu lah, kalau kat offline cara dia panggil tv buat liputan, rakam video bawa masuk youtube, pengalaman saya berurusan dengan mereka umpama :

“mengadu kereta rosak, tapi mekanik kata jalan yang berlobang tu pasal kereta tak bley jalan” ;)

**Update**

Tadi saya baru dapat reply post dari orang tersebut berbunyi :

” Apapun sebenarnya saya ingin tegaskan, support ticket kami dan emel kami sentiasa terbuka dan kami sentiasa menjemput anda untuk menghubungi kami, berikan kami
cara untuk membantu anda. Tapi kalau nak lebih “havoc” dan brutal memanglah forum tempat yang terbaik. “

Saya bukan nak buat musnah orang ………… Saya memberi tahu anda sebagai IM dan customer……………… you ingat customer you tak bising2 maknanya diorang suka? tak sebab you gurus , internet gurus, kami newbie , baper kerat dari kami yang berani bersuara???

Dan saya terima email lagi satu untuk “refund” terms yang paling disukai , saya bagi tahu anda , service anda teruk bukan saya bagi tau anda “saya nak refund” . Perubahan yang anda lakukan terutama customer service dan server sudah mencukupi buat saya dan kami semua sebagai pelanggan anda. Saya tidak mahu wang itu . Itu kamu punya………….. saya sudah generate banyak wang semasa menggunakan hosting anda ………………….

Jangan nak tutup mulut saya, bagi refund pastu claim “dah refund tutup lah mulut” , thats not my style :D .

Please understand , saya tidak bermusuh tah kenapa bila ada kritikan , mentaliti masyarakat kita lebih gemar menggelar nya “cuba bermusuhan” .