Apr
13th

Wangpos - Anda pernah dapat?

Files under buat duit | 11 Comments

Tidak!

Ops, itu untuk yang tak pernah berbisnes off dan on.

Untuk yang bisnes offline terutama mail order pasti selalu mendapat wangpos . 2 hari lepas saya dapat wangpos untuk produk yang saya jual di internet (prospek saya 99% dari offline)

Seronoknya RM50 beb :D . Tapi yang tak seronok esok duit ni nak kena guna untuk beli printer baru (prospek saya tak reti komputer , ebook pun kena print out)

Ni dia

gam1.jpg

InsyaAllah lepas nih banyak lagi note-note wangpos seperti ini.

Mungkin produk saya tak sesuai kat online (1000 unique visitor - 1 sale? ) ker salesletter aku tak convert? aku rasa dah cukup marveles …….. korang rasa camner? cuba gatal2 kan tangan tu masuk web nih http://www.soyadiy.com .

Apr
7th

Information atau solution ?

Files under ebook | Leave a Comment

Hari ini kita banyak disajikan dengan maklumat.

Tetapi adakah anda tahu bahawa maklumat juga mempunyai perbezaannya tersendiri?

Perbezaannya ialah maklumat berbentuk “information” dan “solution”

Jadi apakah kena mengena dengan saya ?

Biar saya berterus terang, saya adalah penjual ebook, dan saya menjual “solutions” .

Ebook saya bukan information, saya pernah menghantar ebook saya kepada seorang rakan IM dia kata ” resepi macam ini berlambak kat buku resepi” , Betul tetapi apa yang ada dalam buku resepi itu adalah “information” , jadi apakah bezanya dengan ebook saya?

Bezanya adalah saya menjual “solutions” bukan informations . Jika anda mahu informations , sila pergi ke kedai buku , disana banyak information .

Apakah solutions?? solution ialah cara atau maklumat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan . Jadi itulah yang saya jual . Dalam ebook ini tiada ayat puitis atau bunga2 atau juga kata-kata olahan seperti karangan SPM tetapi saya guna cara iaitu “direct to the point” menerangkan secara terus kepada solutions masalah yang peniaga atau bakal peniaga hadapi.

Anda perlu tahu 2 perkara ini…………

Ada 2 masalah utama peniaga air soya dan tau fu fah :

  1. Air soya hangus dan selalu hangus .
    Kesannya pelanggan serik dan lari . 2 - 3 minggu kemudian baru beli balik.
  2. Tau fu fah kasar dan berair .
    Kesannya jualan kurang , tidak menarik pelanggan.

Selain itu ada 3 masalah utama bakal peniaga :

  1. Mahu tanya tapi malu bertanya.
  2. Sudah tanya soalan tapi tiada siapa mahu menjawab
  3. Dah dapat jawapan tapi jawapan salah! (maklumat palsu)

Kerana beberapa masalah kecil ini , income tidak menentu, jualan tidak memberansangkan , ia menjadi masalah besar.. oleh itu muncul lah ebook SY V2 , memperkenalkan solutions kepada bakal peniaga dan peniaga yang mahu belajar resepi yang betul tetapi kurang wang untuk pergi ke kursus berbayar yang dianjurkan oleh Professional.

Anda perlu tahu apa yang pelanggan anda mahukan .

Pertama : air soya yang pekat dan tau fu fah yang licin dan berkilat
Kedua : air soya yang pekat dan tau fu fah yang licin dan berkilat
Ketiga : air soya yang pekat dan tau fu fah yang licin dan berkilat !!!

Jadi siapakah yang perlu ada ebook ini?

Sesiapa sahaja yang mahu membuat air soya dan tau fu fah dan khusus kepada orang yang mahu berniaga air soya dan tau fu fah .

Kenapa anda perlukan ebook ini?

1. Ebook ini dihasilkan melalui pengalaman susah dan payah , anda belajar dari pakar sendiri.

2. Tiada ebook/buku yang menceritakan inside out soya dan tau fu fah. Yang ada hanyalah sekadar resepi biasa .

3. Mendapat support exclusive . Kami ajar dan didik anda sampai pandai, tanyalah apa jua masalah yang anda hadapi, kami sedia membantu .

4. Kami ceritakan segala-galanya dimana tiada seorang pun peniaga biasa yang sanggup cerita rahsia “periuk nasi” mereka. Tapi bagi kami “sharing’s better” .

Bagaimana dengan harganya ?

Saya beritahu sekali lagi saya menjual solution iaitu penyelesai kesemua masalah yang anda hadapi dan yang paling berharga “lubuk emas” dari pasar malam.

Bukan itu sahaja , saya juga menyediakan support , kami bantu dan ajar anda sampai pandai.

Oleh itu harganya adalah RM50 sahaja .

Sila lawati laman web berikut http://www.soyadiy.com

Jumpa anda disana , selamat berjaya .

P/S : Kepada yang sudah subscribe sila semak email anda untuk mendapatkan harga pengenalan , RM30 sahaja hohoho :D

Apr
4th

Hosting Paling Teruk Tak Pernah Saya Guna

Files under isu semasa | 5 Comments

Saya tak tau nak bagi tau kat sapa, ari ada bising kat forum pun tak da apa tindakan.

Saya melanggan hosting ********** untuk host 3 site saya.

Masalah berlaku apabila server begitu lembab , nak login cpanel lembab, nak masuk blog lembab, nak masuk admin wordpress pun lebab dan yang paling menyakitkan hati upload ftp paling lembab , dah la kat sini line internet terlalu lembab , pastu reconnet , sebab server terlalu lembab untuk upload file, saya dah guna hosting lain , eternal solutions, netkl, sempoi dan planhoster dan ini lah satu-satunya hosting provider paling lembab di malaysia.

Saya pernah berurusan dengan pihak support tapi malangnya they are not professional umpama mengadu kereta rosak , tetapi mereka akan salahkan jalan yang rosak bukan kereta .

Tah lah sampai bila ********** harus begini….

Saya beri F not A or B .

Saya tahu nanti dia akan response tapi dia tak kan amik tindakan. dan macam biasa dia akan salahkan “jalan kerana kereta rosak” (kereta yang tak boleh works dia salahkan jalan yang berlubang-lubang) .

Kes maintanance pun saya sakit hati jugak , cakap hujung minggu , tapi lepas hujung minggu next day hari isnin saya upload content , hari selasa tengok content hilang ??? kena upload balik . Cakap baik-baik , biar jelas dan terang……

Yer lah xxxxxxx guru, kita newbie angguk jer boleh kannnn, kang lawan , kritik kena kita dapat reputasi buruk yer lah siapa lah kita……………. nak buat cam na dah itu situasinya gurus boleh buat apa sahaja, semuanya betul ………

Sebenarnya ini post yang saya ambil dari post saya di forum ** . kenapa guna forum pastu blog???

Sebab forum umpama satu komuniti yang besar dimana suara lebih didengari di khalayak berbanding buat cara sopan hantar email, hantar surat aduan, contohnya baru2 ini dah hantar surat tak berjawab, demo di halang , nah amik 5 negeri ditawan BA . kenapa?? tu lah lain kali dengar suara rakyat ….. jangan sampai rakyat tunjuk kuasa sebenar…….

Kat forum pun cam tu lah, kalau kat offline cara dia panggil tv buat liputan, rakam video bawa masuk youtube, pengalaman saya berurusan dengan mereka umpama :

“mengadu kereta rosak, tapi mekanik kata jalan yang berlobang tu pasal kereta tak bley jalan” ;)

**Update**

Tadi saya baru dapat reply post dari orang tersebut berbunyi :

” Apapun sebenarnya saya ingin tegaskan, support ticket kami dan emel kami sentiasa terbuka dan kami sentiasa menjemput anda untuk menghubungi kami, berikan kami
cara untuk membantu anda. Tapi kalau nak lebih “havoc” dan brutal memanglah forum tempat yang terbaik. “

Saya bukan nak buat musnah orang ………… Saya memberi tahu anda sebagai IM dan customer……………… you ingat customer you tak bising2 maknanya diorang suka? tak sebab you gurus , internet gurus, kami newbie , baper kerat dari kami yang berani bersuara???

Dan saya terima email lagi satu untuk “refund” terms yang paling disukai , saya bagi tahu anda , service anda teruk bukan saya bagi tau anda “saya nak refund” . Perubahan yang anda lakukan terutama customer service dan server sudah mencukupi buat saya dan kami semua sebagai pelanggan anda. Saya tidak mahu wang itu . Itu kamu punya………….. saya sudah generate banyak wang semasa menggunakan hosting anda ………………….

Jangan nak tutup mulut saya, bagi refund pastu claim “dah refund tutup lah mulut” , thats not my style :D .

Please understand , saya tidak bermusuh tah kenapa bila ada kritikan , mentaliti masyarakat kita lebih gemar menggelar nya “cuba bermusuhan” .

Apr
2nd

Halatuju MuhdMuaz.com

Files under pengumuman | Leave a Comment

Salam sejahtera rakan-rakan,

Seperti blog lain , blog ini juga mempunyai halatuju iaitu tujuan sebenar ia dibina .

Ok, pertama domain name ini adalah branding , membina jenama MUHDMUAZ.COM , jadi disini saya akan mengupas beberapa topic utama dan sampingan. Untuk topic utama ialah Ulasan Produk-Produk Digital Dan Fizikal >> Buku atau Ebook dan topik sampingan iaitu perniagaan , isu terkini (perniagaan) , etika, tips , promosi dan sebagainya.

Saya akan cuba untuk buat posting review paling kurang sebulan sekali , dan posting sub topik utama , iaitu perniagaan dan sebagainya seminggu sekali (paling kurang) .

Blog ini juga akan menjadi satu madah pembacaan mengenai perniagaan from the other side . Bahasa yang digunakan ialah bahasa non formal , bahasa sehari-hari yang saya guna cara saya (my style) . Blog ini akan menjadi satu alat berkongsi suka duka , pengalaman , kepakaran dan komunikasi dengan anda dan pelanggan muhdmuaz.com . Mungkin juga terdapat elemen teknikal .

Kali ini saya akan berkongsi kepada anda satu software membina laman web nvu versi ewen chia . Mudah kerana siap dengan template sesuai untuk newbie. Saya tidak mahu cakap banyak download software tersebut disini.

Jumpa lagi :D