Tahukah anda , bahawa usahawan internet juga mempunyai alatan tersendiri untuk menguruskan perniagaan mereka?
Sebagai usahawan internet model produk sendiri, saya mempunyai alatan mesti digunakan dan paling banyak digunakan dalam urusan sehari-hari perniagaan saya, begitu juga usahawan internet yang lain.

1. Frontpage dan nVu
Ini ialah software membuat website dan edit website. Saya gunakannya hampir setiap hari untuk mengedit laman web saya, saya memang tak pernah senang dengan design yang sedia ada, walaupun terdapat designer tetapi ia hanyalah untuk membuat grafik sahaja untuk tulisan dan sebagainya di buat sendiri.
Download Nvu

2. FileZilla
Ini ialah software memuat naik dan memuat turun file dari sever ke komputer , komputer ke server. Dalam banyak-banyak software ftp inilah software terbaik FileZilla FTP 2.2.32 . Mudah , ringan , no bugs , hampir sempurna berbanding versi yang latest .

3. Foxit Reader
Saya guna software ini untuk membaca ebook , ianya adalah 3 hingga 4 kali lebih pantas berbanding Adobe Reader . Ia juga ringan dan mudah dipasang di komputer. Sudah 2 tahun saya guna . Still the best

4. Gtalk dan YM
Selalunya saya guna software ini untuk berbincang dengan rakan-rakan di internet selain daripada alatan komunikasi utama antara rakan-rakan internet. Ia juga boleh dijadikan satu alatan sokongan pelanggan yang cemerlang. Saya lebih suka guna gtalk build in email kerana ada fungsi save chat text . Senang nak rujuk kalau ada hal.
5. Notepad
Software wajib untuk pengkoder . Untuk yang terror buat website guna notepad. Tetapi saya gunakan untuk copy dan paste sebarang maklumat contohnya template reply email.
6. Microsoft Excell atau Open Office Math
Software asas untuk kira-kira perniagaan atau perakaunan . Boleh juga dijadikan satu software untuk menguruskan data pelanggan.
7. Microsoft Word atau Open Office Writer
Digunakan untuk menulis ebook , saya lebih suka guna MS Word dahulu dan kemudian convert kepada pdf guna OO Writer .

8. Mozilla Firefox
Browser wajib untuk semua orang , mempunyai pelbagai jenis plugin selain security, kelajuan yang lebih baik dari IE .
9. Microsoft Outlook atau Incredimail
Software ini saya gunakan untuk mengautomasi semua email kedalam satu inbox , apabila ada email baru sampai software akan ‘beep’ . Segala urusan jualan website diurus menggunakn incredimail .
10. Gimp atau Photoshop
Software yang digunakan untuk mengedit gambar-gambar , walaupun saya bukan designer tetapi adakalanya saya gunakan untuk edit text pada file psd yang saya beli.
Dan tak lupa CCleaner untuk membersihkan cache dan sampah2 digital komputer.
